Official Batch

Official Batch

Tuesday, 19 February 2013

Assalamualaikum....Haaa.Sudah lama sangat blog ni tak diupdate .Ishh. Hehe.Sebenarnya bukan malas tapi kitaorang sesangatlah sibuk 2,3 minggu kebelakangan ini.Maklumlah nak final exam.Banyak cerita yang nak dikongsikan ni (eleh...hari tu tak update sangat).Setelah lama kitaorang menyepi tanpa berita,tup-tup hari ni update blog,kau ingat orang suka?? HAHAHA !
Takk..nak bagitahu yang kita dah ada ahli baru,wow ! Ya,betul sayang.Kita dah ada keluarga baru,namanya Kak Long (Eiyka).Namanya saja Kak Long tp bukan bereerti dia seorang gangster yang memegang mana-mana kawasan,dia hanya manusia biasa yang mempunyai sepasang kaki dan tangan sama seperti kita.Kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau amat memikat hati kami untuk menjemputnya kedalam group ini.Group apa adik adik?? group THE KELUBI !! Ya,pandai..Kehadirannya menambahkan lagi kemanisan kumpulan kami,bab kata pepatah 'tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'..Omaaak aii..main tibai je kau !
oohh..by the way Pak Munawehh,kitaorang dah ada logo baru,kami rasa logo yang baru lebih rugged dari yang dulu.


Batch baru !


Kitaorang dah lama tak gathering,jadi kami semua sudah bersepakat membawa berkat untuk sama-sama ke Rantau Panjang bila semua sudah selesai final exam.Haaa...macam best kan ,ekau tunggu ajoo lah jang.Mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t .Harap-harap hari tu semua member boleh join,sebab bila dah start cuti semester,semua dah melingkup balik kampung.Mungkin susuah untuk kitaorang berkumpul balik.Kesimpulannya 'awak-awak' kita memang diwajibkan hadirlah,tiada harus mahupun sunat muakkad.

Oklahh..setakat ini sajalah nukilan merapu dari saya (Alex Lopez) ,In Shaa Allah kita berjumpa dilain coretan pula ye. Ok. Hasta lavista bebeh ! Assalamualaikum

Thursday, 24 January 2013

Sebab tok update hari tu jadi ambo update hari nih.Hari tuh (Isnin - 21.1.2013) puok-puok The Kelubi pakat pakai Tshirt hok baru siap tu blako.Siap marin pahtu esok tu paka selaluh.Alhamdulillah la sebab puok kito sporting blako.Cumo 4 oghe jah hok tok paka,3 oghe hok tok paka tuh ado sebab tersendiri & puok dio ado masaloh hok tok dapat dielakkan ,pah soghe tuh setok angin tok tahu bakpo,hanya Allah jah hok tahuu..  :) Takpo la,harap-harap masaloh ni tok berpanjange. Insyaallah. Hok paling sedak hari tuh nyoh ,oghe pakat duk tengok jah kalu puok ni lalu,segho supo famous pon ado.HAAHAHA. Oghe pakat tanyo 'gapo dio The Kelubi nih?' Ghasonyo so kolej doh eh kenal kito.Sek kito segho okey doh namo The Kelubi nih,tapi bakpo ado oghe oyak namo tu tok sesuai?? Hahaha..ikut ambo lah mugo puok ambo,kalu demo tok brehi dengar namo tuh, demo wak group sediri,abih ceghito.  :) Puok kito penuh dengan kesederhanaan,kalu segho tok leh nok masuk palo nge puok nih,demo buleh QUIT !  :) Setakat nih jah la adik kakok,nati ado ceghito,ambo update pulok,tok soh rusing laa,puok kito tokke gi jauhh.Assalamualaikum~

Sunday, 20 January 2013

The Kelubi

Mesti ramai yang tertanya tanya apakah THE KELUBI kan ?
group kami telah ditubuhkan pada 20|12|12 dan Alhamdulillah,
pada hari ini 20|1|13 sudah sebulan the kelubi berjuang untuk berdiri diatas usaha kami masing-masing.
Dan untuk pengetahuan semua the kelubi juga mempunyai seorang 'leader' yang telah berusaha untuk 'mewujudkan'nya. Jadi,bagaimana 'Kelubi' menjadi pilihan kami untuk dijadikan nama group biarlah ia menjadi rahsia antara kami.

'Leader' the kelubi adalah hamba Allah yang bernama Amirul. beliau yang telah memkenalkan the kelubi.
tapi, kalau tengok nama-nama dekat Tshirt kami tu.. TIDAK ada tulisan yang bertulis 'amirul' ye ! Ini kerana bos kami yang sangat sporting lagi kelakar itu sebab letak nama MIGHO,harap maklum..group The Kelubi ni terdiri daripada lima belas orang yang telah pun dianggap sebagai sebuah keluarga. Antara adik beradik kami ialah Migho, Fizie, Syafiq, Fakrul, Ming, Hawa, Hajar, Tasya, Aminah, Arif, Hafizul, Fais, Faiz, Effyn, dan Effa. group The Kelubi adalah group yang open minded . kami tak perlukan orang-orang yang hot atau cold untuk menyertai group kami kerana group kami tidak melihat kepada agama, status, jantina serta umur.

visi group kami ialah semata-mata untuk mengukuhkan sebuah ikatan persahabatan supaya ia menjadi ukhwah yang berkekalan. The Kelubi juga telah mengadakan banyak aktiviti yang akan melibatkan semua ahli yang join kami. antara 'kejayaan' yang telah The Kelubi ciptakan ialah:
  • adanya sticker.
  • banner.
  • page
  • blogger
  • twitter
  • Tshirt THE KELUBI
Dan pastinya semua hasil usaha kerjasama daripada kami semua. Terima kasih kepada 'keluarga' kami yang bekerjasama dengan ikhlas dan jayanya. InsyaAllah banyak lagi 'kejayaan' yang akan muncul ! Terima kasih.

Peace dari kami (Y)

tshirt

ALHAMDULILLAH. Akhirnya apa yang dihajatkan tercapat .Hari ini 20 Januari 2013 The Kelubi telah berjaya mengeluarkan tshirt kami.Setelah usaha kami bersama-sama untuk membangunkan group ini.Terima kasih kepada semua kawan-kawan kami yang sama-sama membantu.Kami berharap dengan adanya tshirt ini maka bertambah erat hubungan kami dengan semua...Dan selepas Insyaallah kita akan membuat tshirt The Kelubi edisi yang ke-2.Tetapi tshirt ini masih belum dirasmikan.Harap ianya akan dilakukan dalam masa-masa yang terdekat ini.. :) COMPLETE !






Saturday, 19 January 2013


Ya Allah,kami mohon kepadaMu,agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami,dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami,akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali,jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah,perbaikilah diri antara kami,jinakkanlah antara hati kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat,selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang,jauhkanlah kami daripada perbuatan keji,baik yang nampak,mahupun yang tersembunyi,ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami,pendengaran dan penglihatan kami,para isteri dan anak-anak kami,sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

Friday, 18 January 2013

Jika difikirkan balik The Kelubi tak akan jadi seperti sekarang kalau kawan-kawan tidak bersepakat. Alhamdulillah kerana kawan-kawan The Kelubi semuanya sporting.Mudah untuk berbincang dalam pelbagai hal dan sama-sama membantu untuk membangunkan group ini walaupun community kami tidak ramai.Namun jika ada kesemua 15 orang kawan-kawan ini ia pasti akan menjadi sangat meriah. :D
Semua kawan ini membantu group ini,terutama dalam kesungguhan untuk membuat Tshirt,banner dan sebagainya.
Insyaallah kita akan perbanyakkan lagi bahan untuk kita mengetengahkan The Kelubi ini,buka saja untuk kawan-kawan didalam group tapi kepada semua orang.
Nak gathering lagi,tapi tidak tahu kemana tempat yang patut kita semua pergi.Cuti semester pun tidak lama lagi,ayuh ! jom kita sama-sama rancangkan kemana kita akan pergi bergumbira. Ayuh kawan !