Official Batch

Official Batch

Tuesday 19 February 2013

Assalamualaikum....Haaa.Sudah lama sangat blog ni tak diupdate .Ishh. Hehe.Sebenarnya bukan malas tapi kitaorang sesangatlah sibuk 2,3 minggu kebelakangan ini.Maklumlah nak final exam.Banyak cerita yang nak dikongsikan ni (eleh...hari tu tak update sangat).Setelah lama kitaorang menyepi tanpa berita,tup-tup hari ni update blog,kau ingat orang suka?? HAHAHA !
Takk..nak bagitahu yang kita dah ada ahli baru,wow ! Ya,betul sayang.Kita dah ada keluarga baru,namanya Kak Long (Eiyka).Namanya saja Kak Long tp bukan bereerti dia seorang gangster yang memegang mana-mana kawasan,dia hanya manusia biasa yang mempunyai sepasang kaki dan tangan sama seperti kita.Kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau amat memikat hati kami untuk menjemputnya kedalam group ini.Group apa adik adik?? group THE KELUBI !! Ya,pandai..Kehadirannya menambahkan lagi kemanisan kumpulan kami,bab kata pepatah 'tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'..Omaaak aii..main tibai je kau !
oohh..by the way Pak Munawehh,kitaorang dah ada logo baru,kami rasa logo yang baru lebih rugged dari yang dulu.


Batch baru !


Kitaorang dah lama tak gathering,jadi kami semua sudah bersepakat membawa berkat untuk sama-sama ke Rantau Panjang bila semua sudah selesai final exam.Haaa...macam best kan ,ekau tunggu ajoo lah jang.Mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t .Harap-harap hari tu semua member boleh join,sebab bila dah start cuti semester,semua dah melingkup balik kampung.Mungkin susuah untuk kitaorang berkumpul balik.Kesimpulannya 'awak-awak' kita memang diwajibkan hadirlah,tiada harus mahupun sunat muakkad.

Oklahh..setakat ini sajalah nukilan merapu dari saya (Alex Lopez) ,In Shaa Allah kita berjumpa dilain coretan pula ye. Ok. Hasta lavista bebeh ! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment